Jun 24, 2018

AYAHANDAKU SAYANG….Hj.Nordin…….II

              Di Waktu aku berumur 7 hingga 12 tahun , aku di pelihara oleh Nenek Kabar bte Adam dan uwan Jebot bte Maidin. Kedua-dua anak beranak ini sudah tiada mempunyai suami lagi. Kuih jualan dan nasi lemak adalah barang dagangan yang dibuat setiap hari…. Untuk pasaran di pekan Gadek. Setiap hari selepas subuh uwan Jebot akan menghantar kuih dan nasi lemak ke beberapa kedai . Apabila aku sudah boleh diharapkan maka aku lah yang akan menghantarnya dan sebelum maghrib pergi memungut hasil jualan….. harga masa itu lima dan sepuluh sen…….  Satu sen untuk pekedai bagi yang berharga lima sen manakala dua sen bagi yang berharga sepuluh sen. 
                Usia semakan hari semakin dewasa…. Apabila mencapai umur darjah empat, waktu itu aku memenuhi syarat yang membolehkan aku diterima masuk kesekolah agama rakyat. Sekolah ini terletak di kampong Padang Sebang….. setiap petang aku mesti melalui rumah nenek Munah untuk kesekolah agama rakyat. Tahun 60’an sekolah agama ini menghuni bangunan lama masjid (sekarang sudah tiada) di belakang banguan sekolah ini ada satu makam yang di panggil makam nenek rambut panjang…… 
                Seingat-ingat aku.... ada suatu hari ayahandaku ke rumah Nenek Munah dan bermalam di sana..... Bermalam di rumah Nenek Munah atas sebab apa aku tiada mengetahuinya...... yang pasti aku ingat ialah Kakak sepupu aku Maimon bersekolah aliran inggeris kalau tak silap akulah dengan blausnya yang putih...... 

            Maimon Saibot merupakan kakak sepupu aku yang masih hidup. Beliau adalah anak sulung kepada Mak Long Empah yang mana beliau kini sudah menceceh usia hampir 90 tahun...... masih boleh melihat dan bertutur tetapi ingatan kurang mantap....... Dalam kenangan adik beradik Kakak Maimon yang sudah menemui Allahi adalah 2nd Zainon, 3rd Awalludin, 4th Mahani, 5th Mohd Akhir dan 6th Shamsuddin ( Din Saribut ....bassist UK). Allahyarhamah Mahani adalah sebaya dengan aku....tetapi semasa kecil kami berlainan sekolah rendah.......dan yang bungsu ialah Sapi yang mendiami tapak rumah lama yang dituruni dari Nenek Gayah........tetapi rumah sudah bertukar bentuk kerana rumah lama dimamah anai-anai.......
           Kakak Maimon dikurnia ramai anak hasil perongsian hidup dengan Bahar ( arwah ) gambar di atas gambar kakak Maimon semasa kecil dia ingat ke tidak semasa lawatan mereka ke Singapura.... masa itu taman How Par Villa merupakan satu tempat yang mesti dilawati kalau berkunjung ke sana.
...............rehat jap........