Jun 24, 2018

AYAHANDAKU SAYANG….Hj.Nordin…….II

              Di Waktu aku berumur 7 hingga 12 tahun , aku di pelihara oleh Nenek Kabar bte Adam dan uwan Jebot bte Maidin. Kedua-dua anak beranak ini sudah tiada mempunyai suami lagi. Kuih jualan dan nasi lemak adalah barang dagangan yang dibuat setiap hari…. Untuk pasaran di pekan Gadek. Setiap hari selepas subuh uwan Jebot akan menghantar kuih dan nasi lemak ke beberapa kedai . Apabila aku sudah boleh diharapkan maka aku lah yang akan menghantarnya dan sebelum maghrib pergi memungut hasil jualan….. harga masa itu lima dan sepuluh sen…….  Satu sen untuk pekedai bagi yang berharga lima sen manakala dua sen bagi yang berharga sepuluh sen. 
                Usia semakan hari semakin dewasa…. Apabila mencapai umur darjah empat, waktu itu aku memenuhi syarat yang membolehkan aku diterima masuk kesekolah agama rakyat. Sekolah ini terletak di kampong Padang Sebang….. setiap petang aku mesti melalui rumah nenek Munah untuk kesekolah agama rakyat. Tahun 60’an sekolah agama ini menghuni bangunan lama masjid (sekarang sudah tiada) di belakang banguan sekolah ini ada satu makam yang di panggil makam nenek rambut panjang…… 
                Seingat-ingat aku.... ada suatu hari ayahandaku ke rumah Nenek Munah dan bermalam di sana..... Bermalam di rumah Nenek Munah atas sebab apa aku tiada mengetahuinya...... yang pasti aku ingat ialah Kakak sepupu aku Maimon bersekolah aliran inggeris kalau tak silap akulah dengan blausnya yang putih...... 

            Maimon Saibot merupakan kakak sepupu aku yang masih hidup. Beliau adalah anak sulung kepada Mak Long Empah yang mana beliau kini sudah menceceh usia hampir 90 tahun...... masih boleh melihat dan bertutur tetapi ingatan kurang mantap....... Dalam kenangan adik beradik Kakak Maimon yang sudah menemui Allahi adalah 2nd Zainon, 3rd Awalludin, 4th Mahani, 5th Mohd Akhir dan 6th Shamsuddin ( Din Saribut ....bassist UK). Allahyarhamah Mahani adalah sebaya dengan aku....tetapi semasa kecil kami berlainan sekolah rendah.......dan yang bungsu ialah Sapi yang mendiami tapak rumah lama yang dituruni dari Nenek Gayah........tetapi rumah sudah bertukar bentuk kerana rumah lama dimamah anai-anai.......
           Kakak Maimon dikurnia ramai anak hasil perongsian hidup dengan Bahar ( arwah ) gambar di atas gambar kakak Maimon semasa kecil dia ingat ke tidak semasa lawatan mereka ke Singapura.... masa itu taman How Par Villa merupakan satu tempat yang mesti dilawati kalau berkunjung ke sana.
...............rehat jap........
            
            


Jun 19, 2018

AYAHANDAKU SAYANG....Hj.Nordin........

         Perjalanan di awal pagi sememangnya menyegarkan..... pandangan mata seredup cuaca pagi ditambah pula hujan seawal empat pagi sebelum subuh. Pemanduan tenang walaupun di jalan utama menghubung Seremban ke Tampin melalui pekan Rembau cukup selesa.... kenderaan sesekali berselisih.......Perjalanan balik berhariraya ke kampung halamanku mengambil masa hanya 45 minits sahaja sekiranya tidak sebuk....... walaupun hari raya kedua........perjalanan pagi cukup tenang.....
         Jadual perjumpaan pada jam 9 pg.....namun kelibat-kelibat tanda kampung halaman sudah dilalui pada jam 8.30 pg......" kita singgah dahulu di rumah atuk kamu ".........kata-kata yang keluar memujuk anak dan isteriku, kebetulan kami tidak berserapan pagi..... apa tidaknya dua kali di uja nak pekena roti canai di Rembau dan Simpang Empat.......namun hajat tu di batalkan sebab meja penuh....dengan pelanggan yang sebulan menahan diri di bulan Ramadhan....... begitu juga kami sekeluarga........
         "Tuk......jom gi perjumpaan Keluarga Pawang Husin dan Nek Gayah". anak perempuan keduaku saja-saja melontarkan ajakan....... kemudian diapun turut serta ke dapur untuk bersarapan pagi....... sambil minum kami sembang-sembang perihal durian di belakang rumah yang sedang lebat berbuah.
         "Atuk..... tukar baju.....dia nak gi......ikut kita". kata anak perempuanku yang ketiga.
         "Ah......mak teh pun nak gi juga".
         "Anan dan su pun ikut, mak teh naik keta anan....".
         Kami tiba di perkarangan Masjid Gadek kuranglebih jam 9.45 pg.... belum ramai yang hadir.... dari amatan aku sekitar 20 orang saja ketika itu.....kami bersalaman dengan urusetia.....ucapan hari raya dan pengenalan bertukar-tukar bibir diucapkan.....Ayahandku dan Salim Kasim berpelukan ( salam poluk ). Disinilah aku mula mengingati raut wajah yang pernah aku kenali 45 ke 50 tahun yang lalu.......di surau tempat ngaji aku pada usia sekolah rendah lagi.....1963-1968.....di surau dekat rumah Tok Ali Dolmat...... Beliau adalah Hj Zainal Md Shah..... yang wasapnya disampaikan kepada aku melalui anak saudaraku YanBahar.
         Dari penerangan yang disampaikan oleh Hj Salim@Aris Kasim maka tergambarlah betapa besarnya keluarga Gayah+Husin......Kalau diikutirakan sememangnya berselisih bahu kami tak kenal dan tak tahu bahawa kami dari Nenek......... bagi aku dalam generasi ke4.....
        Majid, Baba, Saerah, Mongot, Ali, Munah dan Md Jan adalah anak-anak Nek Gayah + Husin yang diketahui melalui percakapan pengerusi Hj. Salim@Aris Kasim......Berbagai-bagai andaian berkisar di minda aku........ tentang keluarga besar ini.....1832 Peperangan Naning tamat.....namun sebelum bermulanya perang tersebut kaum wanita..... telah dihantar ke hulu-hulu sungai, malah Dato Dol Said menghantar keluarga ke Pahang melalui Penarikan laluan menghubungkan antara Sungai Muar Dan Sungai Serting yang berkualakan ke Pekan....Pahang. Pendekar dan pejuang Naning tentulah menyelamatkan anak bini mereka sebelum pertempuran dengan tentera british penjajah yang beribupejabat di Melaka. tanah jajahan British yang bertukar pemerintahannya dari belanda selepas perjanjian 1824.....Batavia ke tangan Belanda dan Melaka ketangan British.....East India Company dan V.O.C kalau tidak silap pembacaan aku ler....Adakah 7 beradik ni dari ayah yang sama ataupun berlainan........mungkinkah ada adik-beradik tua sebelum Majid dari suami yang terdahulu .......andaian-andian ini berdasarkan orang dulu-dulu akan berkahwin banyak........
       Lupakan sebentar kisah di atas...... aku fakuskan kepada keluarga Munah + Busu.... Munah adalah anak ke 6 kepada Gayah. Bagaimana terjadi abang kepada Munah ialah Ali dan adik kepada Munah adalah Md. Jan......... kedua-duanya iaitu Ali dan Md.Jan ini berbinkan Dolmat. Mungkinkah mereka ini adik-beradik tiri dengan kakak dan abang yang tua? satu kepastian perlu aku dapatkan untuk menjelaskan duduk perkara sebenarnya.

           Aku seingat-ingat aku tiada bersama datuk Busu ini kerana pada tahun 1963 aku mula bersekolah di kampung dan aku di letakkan bawah jagaan nenek sebelah ibu aku yang rumah mereka jarak 200 meter saja. nenek Munah dan Onyang Gayah kerap kali aku berjumpa.......sebabnya aku selalu disuruh oleh uwan Jebot mengambil daun pisang untuk buat pembungkus nasi lemak untuk jualan di pekan Gadek.

.......sam........
       

Aug 27, 2015

Tempat ni sudah lama tidak aku kunjungi........ sudah hampir setahun berlalu ..... aduhai terkenang kembali bila tersemak gambar ini dari dalam HP aku..... rindu kembali mencengkam jiwa untuk memulakan aktiviti ini.....